Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Misteri tapak kaki gergasi


Penemuan tapak kaki bersaiz raksasa?

Beberapa saiz tapak kaki gergasi telah dijumpai di kawasan dusun buah-buahan. Siapakah yang empunya tapak kaki tersebut? Itulah persoalan yang sering diajukan oleh orang ramai tatkala melihatnya, namun sampai hari ini masih belum ada jawapan yang pasti. Penduduk sebuah kampung di Daroh dekat Mukah, gempar dengan penemuan tapak kaki raksasa berhampiran dusun salah seorang penduduk di kawasan mereka. Tapak kaki itu berukuran 1.1 meter panjang dan setengah meter lebar setelah dilihat oleh seorang ahli perniagaan. Penduduk kampung juga menunjukkan pelbagai reaksi mengenai penemuan mengemparkan itu.

Ada yang mendakwa kawasan tersebut memang sering digunakan sebagai tempat pemujaan oleh orang-orang tertentu. Ada juga pihak yang mendakwa ianya hanyalah helah dari kerajaan atau oleh orang – orang tertentu untuk mengalihkan perhatian rakyat, berhubung dengan isu kenaikan minyak yang melambung tinggi. Ada pula yang mengatakan ianya hanyalah kerja budak-budak nakal tetapi sehingga kini masih belum ada jawapan yang pasti bahawa milik siapakah tapak kaki misteri itu?

0 comments:

Post a Comment